Penyertaan Warga KPT Dalam Program ‘KPT Sihat: 10,000 Langkah’ Terus Meningkat

Penyertaan Warga KPT Dalam Program ‘KPT Sihat: 10,000 Langkah’ Terus Meningkat
English translation not available for this content.

Penyertaan warga Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam program ‘KPT SIHAT: 10,000 LANGKAH’ terus meningkat saban minggu dengan penglibatan lebih 100 peserta petang tadi.

Program riadah dengan melalukan aktiviti berjalan kaki di sekitar Presint 5 dan 6, Putrajaya itu diketuai sendiri oleh oleh Ketua Setiausaha (KSU), YBhg. Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini Ujang.

Dengan peningkatan penyertaan ini memperlihatkan warga KPT terus membudaya aktiviti sihat dan berfaedah untuk kesihatan fizikal dan mental.

Ini merupakan edisi ketiga penganjuran program dengan sasaran penglibatan warga KPT serta penduduk sekitar Putrajaya dalam membentuk sebuah komuniti sihat dan hidup sejahtera.

Turut bersama ialah Timbalan Ketua Setiausaha (TKSU) Dasar, Dato' Dr. Haji Megat Sany Megat Ahmad Supian dan TKSU Pengurusan dan Pembangunan, Mohamad Azhan Md. Amir. 

  • Last updated on .
  • Hits: 426
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Tuesday 30 April 2024, 23:06:49.